Pages

Sunday, January 16, 2011

Interlok dan kasta - Kasta 1

Awang tersentuh membaca laporan eksklusif Utusan Malaysia terbitan Selasa lalu dengan memaparkan gambar Sasterawan Negara, Abdullah Hussain mengesat air mata.

Abdullah, 91 yang kini uzur tidak dapat menahan kesedihan apabila bercakap tentang novel Interlok, karya beliau yang mencetuskan kontroversi. Interlok telah diterbitkan 40 tahun lalu dan novel itu dijadikan buku teks sastera Sijil Pelajaran Malaysia bermula tahun lalu. Bagaimanapun ia menerima bantahan daripada pihak-pihak tertentu kaum India kerana penggunaan perkataan paria.


Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain


Kemuncaknya novel itu turut dibakar oleh sekumpulan penduduk kaum India di Kelang baru-baru ini. Perbuatan tersebut mengundang kemarahan banyak pihak yang menyifatkannya sebagai biadap. Awang tidak berminat untuk memanaskan isu ini kerana dua faktor.

Pertama, bantahan terhadap Interlok bukan mencerminkan sikap, pendirian dan pemikiran keseluruhan masyarakat India. Ramai juga tokoh, ahli akademik dan pemimpin NGO India tidak melihat Interlok menyentuh sensiviti kaum itu. Di antara mereka ialah Persatuan Penaja Dinamik India 1Malaysia, S. Kumaravel; Timbalan Dekan Pusat Pengajian Kemasyarakatan USM, Prof. Madya Dr. Siva Murugan Pandian; Umapagan Ampikaipan dan Baradan Kuppusamy. Beberapa tokoh kaum Cina antaranya Presiden MCA, Chua Soi Lek dan penulis terkemuka, Lim Swee Tin turut mempertahankan Interlok kerana ia bukan suatu penghinaan kaum. Interlok adalah novel yang memperihalkan pancaroba dan persepaduan sesama kaum di Tanah Melayu ketika zaman penjajahan British pada separuh awal abad ke-20 dan sumbangan mereka kepada negara Malaysia yang merdeka. Ia mengisahkan kehidupan kaum Melayu, Cina dan India yang diceritakan dalam bentuk mozaik budaya tetapi akhirnya menjurus kepada penyatuan.

Kedua, Awang yakin kerajaan terutama Kementerian Pelajaran tidak akan tunduk dengan provokasi dan ugutan segelintir pihak. Gelombang sokongan pelbagai pihak terutama NGO terhadap Interlok, jangan diambil mudah. Ia adalah isyarat jelas mahukan karya Sasterawan Negara itu dipertahankan. Awang percaya isu tersebut mampu diselesaikan menerusi dialog pihak tertentu dengan Kementerian Pelajaran seperti yang diputuskan. Namun semua pihak perlu berlapang dada dan menerima realiti tanpa dibuai sentimen perkauman sempit. Janganlah korbankan karya sastera yang murni hanya kerana politik.

Interlok


Kasta 1

Kontroversi novel Interlok mempunyai hikmah tersendiri. Selepas isu itu panas, karya kesusasteraan Melayu bagaikan mendapat perhatian baru. Apatah lagi Interlok. Lagi dibakar, dipijak dan dibantah, lagi ramai kini mencari novel tersebut sehingga khabarnya ia terpaksa dicetak semula.

Tetapi hikmah lebih besar ialah perlunya renungan semula terhadap isu kasta di kalangan masyarakat India di negara ini. Awang menerima SMS daripada seorang sahabat kaum India yang menulis: ‘‘Mungkin istilah paria itu sensitif bagi kebanyakan orang India. Baguslah begitu jika kita (kaum India) sensitif tetapi sedarkah betapa masyarakat India secara realitinya dipisahkan oleh sistem kasta.”

Rupa-rupanya isu kasta dalam diam membelenggu ramai penduduk kaum India. Harapan mereka agar sistem itu akan terhapus, dan usaha ke arah itu perlu bermula daripada sekarang.

Menurut sahabat Awang itu, kini terdapat banyak pertubuhan kasta yang didaftarkan di negara ini. Malah segala aktiviti pertubuhan kasta dilaporkan dengan terbuka oleh akhbar Tamil saban hari. Peliknya akhbar Tamil yang sama kelihatan ‘memperjuangkan’ kepentingan kasta menerusi kemelut Interlok sedangkan mereka sendiri yang memberi ruang untuk memisahkan jurang antara masyarakat India melalui penyebaran berita pertubuhan kasta-kasta tertentu. Dalam politik, kasta masih menjadi percaturan utama di kalangan pemimpin politik. Selepas pemecatan mendiang Tan Sri M.G Pandithan, berapa ramai pemimpin kasta bawahan yang berjaya diberi peluang dalam kepimpinan tertinggi MIC?

Ini semua disebabkan ketaksuban kepada amalan kasta. Berapa ramai pula pemimpin yang menggunakan nama kasta di belakang nama mereka? Kalau mahu menghapuskan secara menyeluruh - bangkitlah untuk menghapuskan semua pertubuhan kasta di negara ini. Jangan hanya pandai menuding jari kepada Interlok.

Menurut Ensiklopedia Malaysiana, kasta bermaksud suatu sistem stratifikasi yang berasaskan kepada tradisi di India. Satu kasta adalah satu lapisan masyarakat yang berasaskan kepada warisan. Masyarakat Hindu tradisi terbahagi kepada kasta utama iaitu Brahmin (bangsawan), Kshatriya (pahlawan), Vaishya (pedagang) dan Sudra (petani), dengan golongan Harizan sebagai kasta terbawah sekali.

Antara ciri-ciri utama sistem kasta seperti yang diamalkan dalam masyarakat Hindu tradisi ialah keanggotaan ditentukan secara warisan iaitu status seseorang individu dan dilahirkan dalam sesuatu kasta tertentu tidak dapat diubah. Perkahwinan dibenarkan sesama anggota kasta yang sama. Jenis pekerjaan juga boleh dikaitkan dengan kelompok kasta tertentu. Sistem kasta mempunyai hubungan sosial yang ketat. Misalnya anggota daripada kasta yang berlainan tidak dibenarkan makan di tempat yang sama. Interaksi golongan kasta tinggi dan rendah juga tidak boleh terbuka dan sama rata. Golongan kasta tinggi biasanya memandang rendah kasta paling bawah. Ia bermakna mobiliti sosial yang cukup terhad. Inilah juga antara punca mengapa yang miskin terus kekal miskin, yang kaya bertambah kaya. Seorang pakar sosiologi, Oliver Cox pernah menulis bahawa sistem kasta tidak sesuai diamalkan di luar negara India. Pada Awang, dalam soal kasta ini, musuh orang India adalah kaum India itu sendiri, bukannya kaum lain.

Awang juga hairan pada ketika ramai ahli politik, pemimpin NGO dan peguam kaum India lantang memperjuangkan soal demokrasi dan kebebasan sehingga kerap juga membuat tuduhan liar dan tidak berasas kepada kerajaan, mereka sebaliknya membenarkan kaum India terpenjara dengan sistem kasta. Demokrasi mesti bermula dengan sistem masyarakat yang adil untuk sesuatu kaum itu sendiri. Sudah terbukti sistem kasta menekan rakyat dan turut menjadi penghalang kepada kemajuan kaum India secara keseluruhannya. Janganlah berapi-api mahukan kebebasan tetapi masih terikat kuat dengan sistem kasta yang menghimpit golongan bawahan.

Sebab itu Awang tertarik dengan kenyataan Presiden penaja Persatuan Dinamik India 1Malaysia, S. Kumaravel bahawa masyarakat India perlu menerima realiti sejarah tentang wujudnya sistem kasta dalam budaya kaum itu. ‘‘Jika tidak wujud sistem kasta, mengapa dibenarkan persatuan yang mewakili setiap kasta beroperasi secara aktif di negara ini.

Malah dalam hal perkahwinan masyarakat India hari ini pun, perkara berkaitan kasta masih kuat diamalkan,” tanya beliau.

Awang percaya ramai pemimpin kaum India sedar bahawa sistem kasta tidak lagi relevan tetapi pada masa yang sama sebahagian daripada mereka masih mengamalkan sistem tersebut. Parti-parti politik kaum India juga dikatakan tidak serius untuk membebaskan masyarakatnya daripada bebanan sistem kasta. Sebab itu, ramai penduduk India di negara ini kurang yakin kepada parti-parti politik mereka untuk menamatkan amalan sistem tersebut. Jadi salah siapa?

Sumber : Awang Selamat (utusan.com.my)

Tuesday, November 30, 2010

Putu Bambu

Korg pernah makan putu bambu?

x pernah?

tipu!!

sape xtau putu bambu ni camne rupernyer..maksudnya korg xpenah pegi pasar malam..sbb putu bambu ni glemer kot pasar2 malam..kalau pasar malam tu xde putu bambu,maka bukan pasar malam lah ia..

aku bukan nak bitau hangpa aku ni peminat putu bambu..tp masa pergi air hitam dulu aku jupe ada satu kedai ni haa...

ni dia..Juriah Putu Bambu..Best in Air Hitam..n probably in Johor...

putu bambu itu sedang diproses


inila putu bambu yang sedang dibambu..=)

sedara putu bambu pon ada..putu piring..

putu bambu kat cni memang glemer..RM2 dapat 6 biji..so sesape yg dtg pekan Air Hitam ni blei singgah..

lokasi dekat simpang 4 pekan Air Hitam..dekat dengan bazar..google aje..=)





Saturday, November 27, 2010

Air Hitam

Opss..i did it again...sebulan x hapdet ini blog..material ada, cuma kurang rajin nak upload..btw,aku siap cket laporan untuk hari ini..

8 November 2010 - Aku ke pekan Air Hitam, Batu Pahat dengan mak & adik aku..mission - carik barang hantaran tunang..=)

So, pekan ni ada macam2..sesuai la untuk carik barang2 kahwin ni..buat guy mcm aku yg simple xmo pk kalut2 pasal hantaran, sinila lokasi terbaik berbuat demikian.tp bukan takat tu je..macam2 lagik yang ada kat pekan air hitam ni..


kahwin?tunang?yaa..mari-mari cik adik..



local made craft..
lagi gambar
angsa pon ada jual kat sini..angsa jinak dan xblei berkata2..
haa..buah-buahan,sayuran pon ada..mmg cara..terbaek dari ladang..
local fruits..colorful =)
ni kedai bunga n hantaran kawen..aku upah sorg pekerja kat sini gubah hantaran aku..murah beb..hanya bayar harga barang je..xde charge workmanship...highly recommended..
ni pon sama..


haa..yg ni spesel..korg masih ingat ini air botol?masih dijual di sini..old skool...=)


ni la hasilnya pencarian di hari tersebut..


opss..ni bukan utk dijual..ni adik aku..hehe..

Saturday, November 20, 2010

Char Kuay Teow Permatang Pauh

Satu lagi produk Penang yg mesti dirasa..Char Kuay Teow..

Banyak tempat yang sedap kat Penang ni..kat Sungai Dua, Bukit Mertajam, Seberang Jaya, Permatang Pauh, Bayan Baru, Kampung Pelet..

Setiap tempat lain rasanya..so kene pegi sume tempat baru dapat tau beza...

Kali ni aku pegi try Char Kuay Teow Permatang Pauh..xsilap aku Adam Char Kuay Tiaw..lokasinya berdekatan area Uitm Penang..

so this is it..
persekitaran kedai ni pon bersih..

memang sedap..nyum2!!
udang segar..


aku pasti datang lagi..=)

Monday, November 15, 2010

Mee Sotong Padang Kota

Mee Sotong Padang Kota

Mee Sotong Padang Kota memang sedap..

Yaa..saya ulang sekali lagi..Mee Sotong Padang Kota sangat sedap..=)

Sesapa yang datang Penang kene rasa mi ni..terangkat beb..lokasi kat astaka Padang Kota..

ni dia mee sotong..





dan ini pasangannya..juga sangat sedap..sesuai banget!
coconut shake pon ada..


so jemputla la merasa mee sotong ni ye..cara beb..







Wednesday, November 10, 2010

Aizat - Sungai Lui

Aizat - Sungai Lui

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

layankan lagu ni....